Thursday, May 14, 2009

Buat tatapan isteriku

Hargailah isteri anda....

Mulianya seorang isteri di sisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yangbergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anakanak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang membantu mereka di akhirat kelak.
sayangilah mereka....

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak...
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
TApi bla dah habis cuti tu....layan lah suami...'offer' la pada suami,
Nabi bersabda: berjimak dengan isteri itu pahala... jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak... ingat tu si isteri yeee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam , dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya , semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya pergi berjemaah di masjid
Contohnnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Allah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
isterinya






No comments:

Post a Comment