Tuesday, June 2, 2009

Word Of Wisdom

ika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Perjuangan kita ke arah kejayaan belum lagi selesai. Hari ini, pastinya kita lebih baik dari semalam. Pada pertemuan kali ini, saya coretkan beberapa kata-kata motivasi dari orang-orang terdahulu untuk menambah semangat kita. Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian kita bersama – Menuju Kejayaan !
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah matlamat yang dikekalkan.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Monday, June 1, 2009

keje,keje....

Setiap kali cuti , mesti nk kena pegi keje sekejap, at least 2-3 hour. Sampaikan my hubby complain, asyik 2 keje jer. NAsib la dapat bini yang workaholic. My boss janji bulan ni prestasi keje bagus , dia nk naikkan pangkat aku. Kalau nak ikutkan hati, nk berenti keje sekarang ni. Sape tahan keje dengan org yang byk menysahkan diri kita sendiri. Itu la tekananku yg tk boleh nak control. Aku kesian kt kawan aku tu nama dia Sariah, dia nak bertunang pun tak dapat cuti. Itu belum apply cuti kawin lagi tu, entah dapt ker tidak. By the way, kontrak dia tinggal 2 bulan lagi, kena lah sabar sikit .
Hari ni aku cuti, my hubby pun dah cuti seminggu sebab hujung minggu ni nak balikkampung. Aktiviti hari ni, tgh hari tadi pergi maybank ambil kredit kad baru. Pastu gi c4 uat keje sikit. Masa aku tgh buat keje , tiba2 Mr Eric (Regional Mgr) datang. Terus buat meeting tergempar, dia nk jumpa semua manager, semua org dah kelam kabut. Aku buat tk tahu jer, sebab aku off duty. Masing2 cari report sale,breakage dll. Sementara tu aku masuk tgk storage dan selling floor, nak siap kan layout dan inventory list. Hey! tiba2 jer aku jumpa Selvi kt seasonally, rupanya Mr Eric datang pasal sale. Hari Sabtu dan ahad, sale dapat dekat rm800k(2 hari berturut2), Bangga la dia!
Keje aku siap dalam pukul 3pm, call my hubby nak balik. Singgah Q Bistro untuk makan tgh hari.
Buat sekian lama, hujan turun dgn lebatnya. Ahamdulillah....
Malam nya, adik aku iwan dan kwnnya amjat datang tidor kt rumah. Esok diorg ada interview di Victoria Inst. untuk pengambilan TUDM.